Perdagangan dan pelaburan negara pasca COVID-19 menunjukkan peningkatan namun masih terdapat beberapa isu yang perlu ditangani.<br /><br />Pengarah Institut Malaysia dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Sufian Jusoh berkata, biarpun Malaysia dilihat sebuah destinasi pelaburan menarik, indikator yang kukuh seperti kerajaan yang stabil serta polisi ekonomi yang konsisten diperlukan bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan negara serantau.